Isnin, 1 Ogos 2011

::Muhasabah Ramadhan::


Hari Raya hari kemenangan
Hari Kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnan Ilahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki.


Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat Tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki.


Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijab antara hamba dan Ilahi.


Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu dimanakah puasa kita
Adakah masih ditahap lama.


Lalu muhasabah dihujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara.


Ketika bertahmid,bertakbir,bertasbih
Terasakah kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan pada-Nya segala takdir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan