Ahad, 20 Februari 2011

::: Jika Dahi Tidak Mencecah Sejadah :::



 ''Bersihkan dirimu sebelum kamu dibersihkan ,
  Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan ,
  Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan ,
  Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan ,
  Dengan kain kafan yang serba putih ,
  Pada waktu itu tak guna lagi berseri 

  Walau orang hadir itu merintih ,
  Selepas itu kau diletakkan di lantai ,
  Lalu dilaksanakan solat jenazah ,
  Dengan 4kali takbir dan 1 salam ,
  Beserta fatihah ,selawat dan doa 
  Sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah ,
  Tapi apakah 4takbir itu ,
  Dapat menebus dosa solat yang ditinggalkan 
  seumur hidup ,
  Apakah solat tanpa rukuk dan sujud dapat 
  membayar hutang rukuk dan sujud yang telah luput ,
  Sungguh tertipulah dirimu jika berfikir begitu ,
  Justeru ku menyeru sekalian muslimin muslimat ,

  Usunglah dirimu untuk solat ,
  Sebelum engkau diusung ke liang lahad ,
  Menjadi makanan cacing dan ulat ,
  Dirimu ke masjid ,
  Tangisilah dosamu di dunia ,
  Kerana tangisan tidak berguna di alam barzah 

  Sucilah kamu sebelum kamu disucikan ,
  Sedarlah kamu dengan panggilan Izail ,
  Yang menakutkan ,
  Berimanlah kamu sebelum kamu di talkinkan ,
  Kerana ia berguna untuk yang tinggal ,
  Dan bukan yang mati ,
  Beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan 

  Namun ketika itu istigfar tak dapat menyelamatkan 
  Ingatlah dimana jua kau berada ,
  Engkau tetap memijak bumi Tuhan ,
  Dan dibumbungi langit Tuhan serta menikmati 
  rezeki Tuhan ,
  Justeru bila Dia menyeru sambutlah seruannya 

  Sebelum Dia memanggil buat kali yang terakhir 
  Ingatlah kamu dijadikan dari setitis air 
  Yang tidak bererti lalu menjadi segumpal darah 
  Lalu menjadi seketul daging dan membentuk tulang belulang 
  Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti 

  Ingatlah asal usul mu yang tidak bernilai itu ,
  Yang kalau jatuh ke tanah ,
  Ayam tak patuk itik tak sudu ,
  Tapi ALLAH   mengangkatmu ke suatu mercu ,
  Yang lebih agung dari malaikat ,
  Lahirmu bukan untuk dunia ,
  Tapi mulakanlah untuk memlayar bahtera akhirat ,

  Sambutlah serua haiya'alalsolah ,
  Dengan penuh rela dan bersedia ,
  Sahutlah seruan haiya'alalfalah ,
  Jalan kemenangan akhirat dan dunia ,
  Ingatlah yang kekal ialah amal , 
  Menjadi bekal sepanjang jalan ,
  Menjadi teman di perjalanan ,
  Untuk kembali kepangkuan ALLAH ,

  Pada hari itu ,
  Tiada guna harta ,takhta , dan putra ,
  Isteri ,kad kredit dan kereta ,
  Kondominium , saham dan niaga ,
  Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan