Isnin, 1 Ogos 2011

::Hebatnya Muslim pada Bulan Ramadhan::




Sama ada kita sedar ataupun tidak,Ramadhan telah mengukir sejarah yang tersendiri dalam pembinaan kejayaan jiwa insan yang benar-benar menghayatinya :

~Perang Badar :
  berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah,
 dan umat Islam telah mencapai kejayaan.

~Penbukaan Kota Mekah :
  (fathu makkah)brlaku pada
  bulan Ramadhan pada tahun ke-8
  Hijrah.

~Berhala-berhala :
  yang disembah sekian lama
  di sekitar Baitullah dan
  Kota Makkah dihancurkan
  pada bulan Ramadhan
  pada tahun ke-8 Hijrah.

~Kerajaan Islam :
  menumbangkan kerajaan Parsi
  pada bulan Ramadhan tahun
  15 Hijrah.

~Salahuddin Al-Ayubi :
  mengalahkan tentera salib pada
  bulan Ramadhan pada tahun
  584 Hijrah.

~Mesir dan Syria :
  menewaskan Israel di semenanjung
  Senai pada bulan Ramadhan
  1393 Hijrah.


::Muhasabah Ramadhan::


Hari Raya hari kemenangan
Hari Kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnan Ilahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki.


Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat Tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki.


Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijab antara hamba dan Ilahi.


Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu dimanakah puasa kita
Adakah masih ditahap lama.


Lalu muhasabah dihujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara.


Ketika bertahmid,bertakbir,bertasbih
Terasakah kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan pada-Nya segala takdir.